Tiada Imej

Artikel

Kejohanan Merentas Desa SMK Felda Besout 2016

Dicipta pada Khamis, 21 Januari 2016 Telah Dikemaskini pada Rabu, 03 Februari 2016 Ditulis oleh Administrator

Pada 20 Januari yang lepas pihak sekolah telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa 2016 . Acara ini bermula pada pukul 2.30petang. Seluruh pelajar SMK Felda Besout bersemangat menyertai acara ini. Objektif  acara ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecergasan jasmani, membentuk sahsiah jati diri, displin dan nilai murni di samping melahirkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Secara tidak langsung pihak sekolah dapat mengenal pasti bakat pelajar SMK Felda Besout. Acara ini telah dibahgikan kepada 6 bahagian  iaitu L18 (lelaki bawah 18 tahun), L15 (lelaki 15 tahun), L14 (lelaki 14 tahun ke bawah), P18 (peremuan bawah 18 tahun), P15 (perempuan 15 tahun) dan P14 (perempuan 14 tahun ke bawah). Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dalan acara ini dengan mengutip jumlah mata tertinggi.

Monday the 11th. Copyright © 2015 http://www.smkbesout.edu.my/ All Rights Reserved. | Home | Joomla 3 Templates Joomlaskins