Tiada Imej
Telah Dikemaskini pada Jumaat, 08 Februari 2013

LOGO RASMI SMK FELDA BESOUT

 

 

  • Hijau – Agama Islam dan kesuburan alam semulajadi.
  • Merah – Keberanian, kegigihan dan semangat waja.
  • Putih – Kesucian dan kebersihan.
  • Oren – Warna rasmi Felda.

 

LOGO RASMI SEKOLAH BESTARI

 

 

Logo Sekolah Bestari Malaysia melambangkan perubahan dinamik yang menjelaskan Visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu :

  • Merangka semula secara sistematik sistem pembelajaran dengan mengubah budaya dan amalan semasa sekolah-sekolah di Malaysia.
  • Berubah dari pembelajaran secara hafalan kepada bentuk pembelajaran yang merangsang pemikiran dan kreativiti.
  • Mempertanggungjawabkan pelajar terhadap pembelajaran sendiri.
  • Penglibatan secara aktif daripada pihak ibu bapa dan masyarakat setempat.

 

Keterangan Logo

  • Warna Hitam pada tulisan melambangkan pemikiran kritis dan kreatif.
  • Warna Kuning melambangkan pembelajaran ke tahap optima.
  • Warna Ungu melambangkan ilmu. 
  • Warna Putih melambangkan demokrasi dalam pendidikan.
  • Warna Biru melambangkan pembangunan pelajar secara menyeluruh.
  • Warna Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi bangsa.

 

Simbol-simbol Logo

  • Hati melambangkan persediaan dan keseronokan murid.
  • Mentol menyala melambangkan pemikiran murid.
  • Bentuk Segi empat melambangkan perangkaaan semula. 
  • Sistem Pendidikan Malaysia secara sistematik dan mesra.

 

Monday the 11th. Copyright © 2015 http://www.smkbesout.edu.my/ All Rights Reserved. | Home | Joomla 3 Templates Joomlaskins