Tiada Imej
Telah Dikemaskini pada Rabu, 13 Januari 2016

 

Assalamualaikum w.b.t.

 
Salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya, Salam Transformasi Negara
 
Bismillahirrahmanirrahim
 
Seronoknya hati pergi memburu,
Tidaklah dekat ketika pulang,
Hidup berbakti menjadi guru,
Sama bertekad ingin cemerlang.
 
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya dan berkat kekasih-Nya junjungan besar Nabi Muhammad SAW sekali lagi kita dapat meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan di SMK Felda Besout pada tahun 2016. Pastinya pengalaman yang dikutip selama ini menjadi pemakin untuk terus mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang demi anak bangsa yang tercinta.
 
Kita bertanggungjawab melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan bersedia menghadapi cabaran alaf ke-21 yang serba kompetitif. Bagi memenuhi keperluan tersebut, pelajar perlu diterapkan dengan enam atribut utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang bermula pada tahun 2013 telah memasuki gelombang kedua (2016-2020) dalam fasa memacu peningkatan sistem. Transformasi ini amat menuntut kita supaya sentiasa bersedia mendepani gelombang kedua PPPM dan bergerak seiring dengan aspirasi pendidikan negara.
 
Kesepakatan dan muafakat warga SMK Felda Besout dalam bertindak cepat dan mementing kualiti, menjadi teras kerja utama untuk meningkatkan prestasi akademik, ketinggian akhlak dan budi pekerti serta mencipta kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. Keistimewaan dan keupayaan guru dalam pelbagai bidang untuk mendidik pelajar tanpa mengenal erti penat lelah amat dihargai. Sesungguhnya iltizam yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan menjadi motivasi intrisik biarpun terpaksa menghadapi cabaran kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
 
Salam hormat & selamat maju jaya kepada semua warga SMKFB.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
14 DISEMBER 2015
Monday the 11th. Copyright © 2015 http://www.smkbesout.edu.my/ All Rights Reserved. | Home | Joomla 3 Templates Joomlaskins