Majlis Pelancaran Sekolah Penyayang, 3S & Jejak 100
- Perincian
- Dicipta pada Jumaat, 15 Januari 2016 08:57
- Telah Dikemaskini pada Rabu, 03 Februari 2016 12:36
- Ditulis oleh Mohd Hayadi Bin Abd Ghani
Pada 15 Januari 2016, pihak Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Pelancaran Program 3S dan Jejak 100. 3S ialah Senyum, Salam dan Sapa. Para pelajar seharusnya mempraktikkan amalan 3S ini dalam kehidupan seharian. Manakala Program Jejak 100 pula merupakan langkah untuk menarik minat pelajar yang kerap ponteng untuk kembali ke sekolah. Semoga usaha ini terus berkekalan dan mencapai matlamat yang diingini.